Sunday, September 30, 2012

12 Cara Membuat Kapal Terbang Kertas

Kebanyakkan daripada kita mesti tahu nak buat kapal terbang kertas kan? Tapi brapa jenis kapal terbang kertas yang korang tahu buat? Kat sini terdapat cara-cara membuat 12 jenis kapal terbang kertas yang mungkin salah satunya korang tak pernah buat lagi.Harap korang enjoy...

Saturday, September 29, 2012

Cara Menghasilkan Telur Tiruan ( 11 Gambar )

Isu telur tiruan pernah menjadi isu hangat di negara kita suatu masa dahulu tapi korang pernah tak tengok macam mana telur tiruan dihasilkan? Pengusaha yang tidak berhati perut nie menghasilkannya untuk mendapat hasil yang cepat dan mudah tetapi akibat yang bakal ditanggung adalah pengguna. Ia dihasilkan dengan bahan-bahan kimia di China dan hasilnya seolah-olah telur sebenar. Harap telur macam nie jangan laaa dibawa masuk ke Malaysia yer....

Rekaan Kandelier Unik ( 11 Gambar )

Kandelier Carolina Fontoura Alzara terdiri daripada bahagian-bahagian basikal yang diselamatkan dari tempat pembuangan sampah tapi apabila terhasilkan rekaan unik nie ia kelihatan mewah dan menyerlahkan keunikannya.

Air Pancut Tercantik ( 16 Gambar )

Dengan kos 218 juta dolar US, Dubai Fountian dibina dengan 6600 lampu dan 25 projektor warna. Ia mempunyai panjang 275 meter dan mampu memancut air setinggi 73 meter. Sesuatu yang cukup mewah kan untuk membina hanya air pancut tercantik....

Kegagalan Keselamatan ( 40 Gambar )

Untuk memudahkan kerja dan menjimatkan kos kerja, diorang nie mempunyai perbagai cara kerja boleh dilakukan tanpa memikirkan mengenai keselamatan. Bila tak fikirkan keselamatan, kemungkinan orang yang tak bersalah pun akan terbabit sama dalam kemalangan. Kat bawah nie terdapat kerja-kerja yang langsung tak memikirkan keselamatan dalam kerja tapi diorang nie mampu untuk lakukan.

Friday, September 28, 2012

Cosplay Pada Zaman 80-an


Thursday, September 27, 2012

Super Realistik Tatu ( 20 Gambar )

Suatu hasil seni yang cukup realistik tapi banyak lagi tempat untuk kita lukis kan? Bagi yang beragama Islam, bertatu tidak dibenarkan tapi bagi agama lain mereka suadah biasa dan dari semasa ke semasa lukisan tatu semakin maju sehingga lukisan diorang seolah-olah realistik.Jom kita tengok tatu yang cukup realistik.

Fotografi Komersil Kreatif Dari Szymon Swiewtochowski

Fotografi komersil dan pengiklanan yang cukup kreatif dari Szymon Swiewtochowski yang berasal dari Poland.

Lukisan Perang Daripada Tentera US (48 Gambar)

Kat sini Conteng2kreatif nak kongsikan serba sedikit lukisan-lukisan hasil daripada tentera-tentera US. Jom kita tengok 48 lukisan yang menarik nie.

Wednesday, September 26, 2012

Pertandingan Fotografi Nasional Geographic 2012

Kat sini terdapat beberapa gambar yang menakjubkan.Jom kita tengok........

Anggota Palsu Pada Tahun 1560-1600

Tahun 1560 hingga 1600 terlalu lama berlalu tapi siapa menduga pada zaman ini rekaan anggota palsu manusia sudah begitu maju.Jom kita tengok bagaimana rekaan yang diorang buat.

Memasak Dengan Eksos Kereta

Bunyinya pelik tapi ia merupakan rekaan yang agak kreatif. Anda hanya boleh memasak hamburger hanya dengan memandu kereta anda kemana-mana dan sesudah sampai hamburger sudah tersedia untuk dimakan.Asap dari ekzos tidak bersentuhan dengan makanan,alat nie cuma menggunakan haba yang terhasil dari ekzos untuk memanaskannya.

Seni 3D Realistik Dari Jeremy Kool

Karya yang diberi nama The Paper Fox nie dihasilkan oleh Jeremy Kool yang berasal dari Melbourne Australia. 

Tuesday, September 25, 2012

Gambar-Gambar Menarik Dalam Sukan ( 56 Gambar )

Kasut GPS - Pemandu Arah ( 11 Gambar )

Mungkin kasut ini sesuai untuk orang yang selalu lupa jalan nak balik rumah....hehehehehe.Kasut ini direka untuk membimbing pemiliknya pulang kerumah walau dimana jua anda pergi. Lokasi rumah pemilik boleh dimuat turun melalui USB kabel pada kasut ini dan kemudian lampu LED pada kasut nie akan menunjukkan arah yang patut pemilik lalu.

Gelagat lucu Anak Kucing ( 19 Gambar )

Korang ada kucing kesayangan tak? Mesti cute kan kucing korang?.....Apa kata korang rakam aksi-aksi kucing korang seperti kat bawah nie....cute sangat.

Monday, September 24, 2012

Rumah Burung Buatan Yang Kreatif

Rekabentuk Bungkusan yang Kreatif ( 36 Gambar )

Sunday, September 23, 2012

Seni Pada Pizza

Kita selalu lihat kek dihias cantik tapi bagaimana plak pizza dihias?Jom kita tengok serba sedikit hiasan pada pizza..

Jongkong Emas Palsu

Sendiket emas palsu telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit di dalam sesebuah negara termasuklah Malaysia.Disebabkan itulah jugak kebanyakkan perniagaan yang melibabkan pajak gadai menghentikan sementara waktu pengambilan pajak gadai melibatkan jongkong dan dinar.Korang pernah tengok bagaimana rupa bentuk emas palsu? Jom kita tengok.....

Bantal Burung Unta

Bantal Burung Unta direka khas untuk sesiapa jer yang mengalami masalah tidur di tempat terbuka yang bising.Walaupun mempunyai rupa bentuk yang pelik,rekaan nie berkesan di tempat-tempat seperti lapangan terbang dan tempat-tempat awam. Tapi bagi Conteng kreatif mungkin bantal nie akan menyebabkan masalah baru terjadi.....nak tahu apa masalah tue?masalah ketinggalan penerbangan......hehehehehe

Saturday, September 22, 2012

Persekitaran di Dalam Pesawat Angkasa Lepas

Jika kita merasakan persekitaran dalam pesawat penumpang adalah dipenuhi dengan butang-butang dan pelbagai benda yang rumit tapi ia lebih rumit jika melihat persekitaran di dalam pesawat angkasa lepas..Jom kita tengok bagaimana rumitnya persekitaran di dalam pesawat angkasa lepas.

Bapa Terbaik Di Dunia ( 33 Gambar )

Dengan tajuk "Bapa Terbaik di Dunia", Dave Engledow menghasilkan satu fotografi kreatif dan lucu bersama anak perempuannya, Bee Alice.Jom kita tengok betapa kreatifnya beliau.

Friday, September 21, 2012

Gaya Asas Dalam Fotografi

Seseorang Jurugambar perlu untuk mengetahui gaya-gaya yang perlu digayakan apabila berdepan dengan fotografi dengan model.Mungkin kat bawah nie hanya sedikit lakaran bagi gaya-gaya asas yang mungkin korang sendiri pernah tengok diakhbar-akhbar.Jom kita tengok serba sedikit tentang gaya model.

Motosikal Pada Zaman Perang Dunia Kedua

Memang tak dinafikan pada zaman perang dunia kedua motosikal amat diperlukan bagi melancarkan pergerakan tentera di medan peperangan. Pelbagai jenis motosikal direka untuk kemudahan tentera.Jom kita tengok.

Thursday, September 20, 2012

Ferrari 360 Modena Limousine

Sekali pandang seolah-olah kereta ferrari nie ditarik menjadi panjang tapi ia sebenar benar-benar wujud...terbaik kan..

Anjing Pengasuh Biri-biri

Bukan sahaja sekadar pembantu yang baik di sebuah ladang di UK, tapi juga merupakan pengasuh anak kambing biri-biri yang baik.Anjing yang diberi nama Jess nie amat membantu ketika diladang yang mempunyai 270 ekor kambing. Tiga kali sehari Jess akan membawa botol susu untuk anak-anak kambing nie dan beliau dilatih untuk mengasuh anak kambing biri-biri sejak dari kecil lagi.

Projek Cosplay Zelda

Projek zelda asalnya bermula pada tahun 2004 sebagai idea yang menyeronokkan antara 2 rakan yang hanya ingin menyertai kumpulan cosplay di Anime Expo, konvension anime di California Selatan. Daripada itu projek ini berkembang menjadi satu idea yang kreatif bagi menghasilkan fotografi cosplay yang menakjubkan.Jika korang nak tahu lebih lanjut mengenai projek nie,korang boleh melawat web diorang di http://www.thezeldaproject.net/

Wednesday, September 19, 2012

Binaan Perenca yang Unik ( 22 Gambar )

Perenca atau lebih popular dipanggil scaffolding merupakan alat yang penting dalam sesuatu pembinaan. Perenca selalu digunakan bagi menyokong binaan bangunan,menara dan lain-lain binaan penting yang memerlukan sokongannya. Terdapat pelbagai jenis perenca yang digunakan dalam pembinaan tetapi kebanyakan perenca yang selalu digunakan adalah dari besi. Jom kita tengok binaan perenca yang cukup unik.

Binatang Dengan Perbezaan Warna Mata

Memang sesuatu keajaiban kan terjadinya binatang yang mempunyai mata berlainan warna tapi semua tue kuasa Allah yang menentukan.Jom kita tengok beberapa gambar binatang yang mempunyai mata berlainan warna.

Tuesday, September 18, 2012

23 Rumah Pokok Yang Menarik

Bila tengok rumah pokok nie teringat waktu kecik-kecik dulu.Tringin sangat nak buat rumah atas pokok tapi bukan semua pokok boleh digunakan untuk membina pokok diatasnyer kan. Conteng2kreatif rasa pasti korang pun ada keinginan yang sama kan masa kecik dulu. kita tengok dulu yer binaan kreatif rumah pokok yang cukup menarik.

Panjang Atau Pendek-Mana Lebih Cantik?

Kat sini terdapat 15 gambar selebriti yang terkenal di barat dengan gaya rambut yang berlainan.Korang rasa mana lebih cantik antara rambut panjang dan pendek?

Fotografi Terbaik Kehidupan Liar Pada Anugerah Fotografi British 2012

Nie antara fotografi terbaik yang terdapat dalam Anugerah Fotografi British 2012 dalam katogeri kehidupan liar.

Sunday, September 16, 2012

Gelagat Lucu Kanak-Kanak Tidur ( 16 Gambar )

Saturday, September 15, 2012

Pembinaan Empangan Hoover

Empangan Hoover yang terletak di Black Cayon ini telah dibina pada tahun 1930 dan merupakan pembinaan  yang terbesar seumpamanya pada ketika itu.Walaupun lokasinya jauh dari bandar dan melibatkan kerja yang rumit tapi ia berjaya disiapkan dalam tempoh kurang daripada 5 tahun iaitu 2 tahun awal daripada jadual.

Empangan ini dinamakan sempena nama Presiden Amerika ke-31, Herbert Hoover yang memainkan peranan penting dalam membawa negeri-negeri berdekatan perjanjian mengenai peruntukan air. Empangan Hoover merupakan empangan konkrit yang tertinggi di Hemisfera Barat yang berdiri lebih daripada 725 kaki  diatas sungai Colorado. Dengan 17 penjana, ia mampu untuk menghasilkan 4 billion kilowatt elektrik setahun dan ia juga merupakan salah satu kemudahan kuasa hidroelektrik terbesar di negara ini.Operasi dan penyelenggaraan empangan ini juga semata-mata disokong oleh pendapatan hasil jualan kuasa.

Tue ler serba sedikit maklumat tentang empangan nie,sekarang kita tengok plak macam mana pembinaan empangan nie dilakukan pada tahun 1930. Lama dah kan.....

Inikah Kuasa Make-Up Wanita?


Friday, September 14, 2012

Koleksi Aksi Nissan Skyline ( 56 Gambar )

Korang peminat kereta tak? Kalau minat mesti Nissan Skyline memang tak asing bagi korang kan? Bagi yang cukup meminati Nissan Skyline, kat sini conteng2kreatif akan tunjukkan koleksi aksi kereta yang menjadi buruan ramai peminat kereta.Jom kita tengok.

Jam Versi Steampunk ( 10 Gambar )

Jam versi steampunk nie dikeluarkan oleh Devon dengan keluaran terhad jer tau.Harga jam nie plak USD 13,500. Macam mana korang rasa?Berbaloi tak dengan harga tue?

Thursday, September 13, 2012

Logo Kereta Tiruan dari China

Barangan China memang terkenal lambakan barangan tiruan yang ditawarkan dengan harga yang cukup rendah. Bukan barangan jer yang mampu diorang tiru tau, logo pun diorang nak tiru jugak.Jom kita tengok logo kereta yang diorang dah tiru.

Pangsapuri Paling Mahal Di Dunia

Bangunan yang tersergam indah nie merupakan Opus Hong Kong. Ia merupakan bangunan yang mempunyai   salah satu pangsapuri yang paling mahal di dunia. Setiap Apartmen dijual dengan harga 61 juta USD. Saper laaa yang hanya mampu beli kan...

Wednesday, September 12, 2012

Cara Membuat Reaktor Iron Man

Kepada korang yang berminat,cuba korang tengok langkah-langkah kat bawah nie....

Apa Gambaran Anda Pada Bentuk Negara di Eropah

Setiap negara mempunyai bentuknya yang tersendiri.Bentuk yang terjadi secara semulajadi nie kadang-kadang menyerupai sesuatu bentuk.Mesti korang pernah bayangkan bentuk-bentuk negara yang menyerupai binatang kan.Kali nie kita tengok bentuk-bentuk negara di Eropah.Jom kita tengok

Keindahan Jalan di Ireland

The Dark Hedges merupakan jalan unik yang terdapat di Armoy, Ireland. Jalan yang ditutupi oleh pokok ini sebenarnya mempunyai kisahnya tersendiri. Pokok-pokok beech ini ditanam oleh keluarga Stuart pada abad ke lapan belas yang bertujuan untuk mencipta satu lanskap menarik di sepanjang jalan. Lanskap pokok ini jugak bertujuan bagi menarik perhatian pengunjung menghampiri pintu masuk rumah agam Georgia yang dimiliki keluarga Stuart yang kini merupakan kelab golf. Apa pun kisah disebalik jalan nie, ia telah menjadikan jalan ini cukup unik di utara Ireland.

Jambatan Sungai Dari Seluruh Dunia

Jambatan sungai nie bukan jambatan yang manusia dok lalu atas sungai tu tau tapi jambatan yang sungai melalui diatas sungai tanpa air sungai kedua-dua belah bersambung. Macam pelik jer kan bunyinyer tapi ia memang wujud dan jom kita tengok macam mana laa rupa jambatan nie.

Tuesday, September 11, 2012

Keunikan Grand Museum of Zoology

Apa yang uniknya The Grand Muzeum of Zoology nie yer? Muzeum nie ter letak di universiti di London dan keunikannyer ialah susunan dan kepadatan muzium nie.Korang tengok laaa sendiri gambaran kat bawah nie....

Monday, September 10, 2012

6 Perumah Degil

Korang pernah dengar tak cerita-cerita pemilik tanah atau rumah yang berdegil tak mahu jual tanah kepada pemaju untuk dibangunkan? Kebanyakkan perumah degil nie menunggu tawaran harga yang lumayan daripada pemaju tapi ada jugak yang sengaja tidak mahu menjual harta pusaka yang dimiliki. Kebanyakan cerita yang kita dengar dalam negara kita, perumah yang degil pasti mendapat tawaran harga yang cukup baik tapi bagaimana pulak kalau pemaju juga berdegil tak mahu naikkan harga? Jom kita tengok kemajuan pembinaan apabila secubit tanah tak dapat dibeli.

Rumah Steampunk ( 6 Gambar )

Nie laa rumah steampunk yang diperagakan di festival Burning Man.

Limousine Milik Perdana Menteri Rusia

Saturday, September 8, 2012

Keindahan Lanskap China oleh Thierry Bornier

Gelagat Beruang Menari

Cuba korang tengok gelagat beruang nie menari.Memang lucu sangat..huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...