Friday, June 29, 2012

Helikopter Mudah Alih ( 5 Gambar )

Memang best kan kalau ada helikopter sendiri? Sekarang helikopter mudah alih sudah sedia untuk dikomersilkan oleh syarikat dari Rusia.Selain dari mudah dibawa, ia jugak mudah untuk dipasangkan dan untuk menerbangkan hanya seorang penumpang.Helikopter nie dibekalkan dengan kiub besar yang digunakan untuk menyimpang helikopter nie.Model yang diberi nama "Wasp" Ka-56 mempunyai perlbagai tertib dengan kelajuan optimum. 

52 Gambar Perang Unik dari Yevgeny Khaldei

Siapakah Yevgeny Khaldei? Nama sebenar beliau adalah Yevgeny Ananevich Khaldei yang merupakan seorang jurugambar ternama Kesatuan Soviet. Beliau terkenal dengan fotonya dari perang dunia kedua yang memaparkan tentera merah sedang mengibarkan bendera kesatuan soviet diatas Reichstag, Berlin yang menandakan kekalahan Jerman.

Khaldei mempunyai latar belakang Yahudi-Ukraine. Beliau meminati bidang nie sejak kecil lagi dengan mula membuat kamera dari cermin mata milik neneknya. Dengan kamera pertamanya itu dia mula membuat eksperimen dengan mengambil gambar adik-adiknya. Pada usia 18 tahun beliau mula berkerja sebagai jurugambar di Agensi Berita Tass yang berpengkalan di Moscow.Apabila tentera Jerman menyerang Rusia, beliau telah dihantar untuk mengambil gambar perang dunia kedua tersebut dengan berbekalkan kamera,beg dan bahan kimia. Khaldei menghabiskan masa 1481 hari dalam peperangan Rusia-Jerman sebagai wartawan untuk Agensi Berita Tass dan banyak hasil kerja beliau diterbitkan dalam Pavda. Disini terdapat 52 hasil fotografi daripada hasil-hasil beliau yang boleh aku tunjukkan. Harap korang enjoy....

Gambar Hari Jumaat 3#

Salam hari jumaat.....
Jom ari nie kita layan gambar kat bawah nie.Gambar yang memberi makna yang cukup besar kepada manusia....korang paham kan?


Cara Melukis Tangan 3D

Korang tringin tak nak melukis tangan dengan cara 3D?Jom kita blaja cara mudah untuk melukis 3D.......


Thursday, June 28, 2012

Bangunan Antilia, Rumah Termahal di Dunia

Mukesh Ambani Dhirubhai adalah hartawan perniagaan India yang merupakan pengerusi dan pengarah usrusan konglomerat India, Reliance Industries Limited (RIL), syarikat terkemuka tenaga India dan bahan-bahan konglomerat Kumpulan Reliance. Pada tahun 2010, beliau telah dinamakan dikalangan orang yang paling berkuasa didunia oleh Forbes dalam senarai " 68 people who matter most". Sehingga tahun 2012 beliau adalah orang kedua paling kaya di asia dan orang yang ke-19 terkaya didunia dengan kekayaan peribadi 22,300,000,000 dolar AS.

Gambar Hari Khamis 3#

Salam..
Ari nie kita layan gambar kucing vs ninja turtles.....Kreatif sangat gambar nie.Korang rasa macam mana?

46 Iklan Dengan Kesan Khas Terbaik

Kita selalu tengok iklan yang hanya menggunakan ruang papan iklan yang diberi tanpa menggunakan kelebihan persekitaran untuk menarik lagi perhatian untuk orang melihat. Iklan yang diberi sentuhan yang berlainan memang jarang untuk kita lihat tapi iklan sebegini sebenarnya membuatkan kita terus mengingatinyer.Kat bawah nie ada 46 iklan yang cukup menarik dan cukup kreatif dengan menggunakan persekitaran dan apa jer yang ada untuk dijadikan iklan yang terbaik.

Wednesday, June 27, 2012

Ubahsuai Badan Dari Pelajar Jepun

Choo-san merupakan salah seorang pelajar universiti dari Jepun yang menghasilkan ilusi ubahsuai badan dengan menggunakan cat akrilik.Memang hasil lukisan pada badan yang cukup sempurna bagi seorang pelajar.Jom tengok 11 hasil lukisan beliau.

Arca Seni Dari Wayar Ayam

Dilahirkan di Nairobu Kenya, Ivan Lovatt menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Afrika,England, Wales dan Jerman. Ivan menhabiskan semuamasa pembelajarannya dengan seni, eksperimen dan cuba meneroka setiap medium untuk menilai potensinya.Ivan mempamerkan arca dan lukisan beliau dalam pameran berkumpulan Grantham Guildhall, sebelum berhijrah ke Australia pada tahun 1994.Dengan keupayaan dan bakat yang ada beliau muncul lagi dengan hasil seni dari wayar ayam ( Chicken net).Kerja-kerja beliau ini mendapat pelbagai anugerah dan liputan media.

Perkataan Mewakili Imej ( 23 Gambar )

Korang rasa boleh tak satu-satu perkataan tu menggambarkan terus apa maknanya?Atau sesuatu perkataan tu mengandungi maksud tersirat yang perlu kita renungkan? Susunan perkataan kadang kala perlu mendapat sentuhan kreatif untuk menyampaikan apa yang tersirat dengan cara paling ringkas.Jom kita tengok macam mana perkataan-perkataan nie disusun.

Gambar Hari Rabu 2#

Selamat Hari Rabu Semua....

Jom ari nie kita tengok dan telitikan brapa ekor agak-agaknyer yer kuda kat dalam gambar nie....


Ilustrasi Superhero Pada Usia Tua

Korang penah tak terbayangkan bagaimana keadaan dan rupa superhero terkenal bila di usia tua diorang.Nie laa yang dibayangkan oleh Donald Soffritti yang berasal dari Itali.Kat bawah nie terdapat 11 hasil karya beliau.Harap korang enjoy....

Tuesday, June 26, 2012

25 Rekabentuk Lilin Yang Kreatif

Korang ada tak kenangan dengan lilin?Mungkin korang dan yang pastinya aku pernah dan akan merayau mencari lilin bila bekalan elektrik tiba-tiba terputus.Waktu nie laaa jugak kita akan tahu yang rumah kita ada tak simpan bekalan lilin dan waktu nie laaa jugak orang mula mencari lilin di kedai-kedai runcit.Tapi tue kisah lilin yang selalu kita tengok yang hanya berbentuk biasa.Terdapat gak lilin yang digunakan untuk menyambut hari jadi,menyambut majlis-majlis tertentu,digunakan untuk aromaterapi dan macam-macam lagi laa..Kali nie jom kita tengok macam mana lilin direkabentuk supaya menarik perhatian orang.Sangat menarik.....

Gambar Hari Selasa 2#

Sebelum apa-apa aku mintak maaf ehh kepada wanita...kot-kot laa gambar kat bawah nie menyakitkan hati korang...huhuhuhu.Tapi hakikatnya betul tak?Macam betul jerr kan?
Korang rasa macam mana?

15 Teknik Menarik Untuk Mengikat Tali Kasut

Korang rasa nak kelainan tak kepada cara ikat kasut korang?Kat bawah nie ada 15 cara ikat kasut yang menarik sangat.Mungkin ada yang tak pernah korang nampak sebelum nie.Jom Layan..

Monday, June 25, 2012

Fotografi Hitam Putih untuk Dunia Haiwan

Ia merupakan hasil daripada Nicolas Evariste yang berasal daripada Granville,Perancis. Jurugambar yang berusia 26 tahun nie merupakan salah seorang daripada jurugambar haiwan yang luar biasa khusus untuk fotografi hitam dan putih ( b&w).Latarbelakang kerja dalam bidang rekabentuk grafik menyebabkan beliau mencuba untuk berkarya dalam bidang fotografi jugak.Jom kita tengok hasil-hasil fotografi beliau. 

Keindahan Malam dari Stesen Angkasa Antarabangsa ( 8 Gambar )

Selalunya kita selalu lihat gambar-gambar bumi dari angkasa lepas pada waktu siang mungkin disebabkan kurang jelas bila dilihat pada waktu malam.Tapi bila dilihat pada waktu malam dari Internasional Space Station menampakkan keindahan lampu-lampu dari permukaan bumi.Memang cantik tapi kan terpikir gak aku,kalau cahaya yang terhasil dari permukaan bumi sebegitu banyak agak-agaknya berapa banyak kan kuasa elektrik digunakan.

Gambar Hari Isnin 1#

Salam semua...
Selamat bekerja kepada korang yang bekerja dan selamat belajar kepada yang kena belajar....
Ari nie kita layan gambar kat bawah nie...Gambar di bandar New York.Betapa pesatnye pembangunan kat sana kan?


Sunday, June 24, 2012

Tutorial Menipu Saiz Badan Dengan Photoshop

Salam....
Tutorial kali nie aku nak tunjukkan cara-cara penipuan yang selalu dibuat kat gambar-gambar dengan menggunakan adobe photoshop.Biasa laa kan,bila dah badan xelok kna laaa edit bagi elok kan?....huhuhuhu.Sebelum tu kepada korang yang baru nak berjinak dalam photoshop mungkin entri kat sini membantu korang blaja skit2.


Berbalik kepada tajuk kita ari nie.....Ari nie aku nak tunjukkan bagaimana nak jadikan seperti gambar kat bawah nie.Jom kita tengok tutorial.

Perabot Pelik dan Kreatif dari Straight Line ( 23 gambar )

Kalau korang rasa dah bosan dengan perabot empat segi yang setiap hari korang dok pandang tue, mungkin nie entri yang sesuai untuk korang...hehehehe.Ia merupakan hasil rekabentuk dari syarikat Straight Line Design yang berasal dari Vancouver, Kanada.Syarikat nie sebenarnya ditubuhkan dari 25 tahun yang lalu.Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai perabut yang pelik nie korang boleh melawat web diorang kat straightlinedesigns.com

Perbezaan 100 Tahun Yang Lalu

Masa terus berlalu dan yang pasti kehidupan akan terus maju dari masa ke semasa.Tapi korang tak nak ke tahu apa yang bezanya zaman pada 100 tahun yang lalu dan zaman sekarang? Kalau korang nak tahu jom layan gambar kat bawah nie..

Gambar Hari Ahad 2#

Salam...
Selamat bercuti kepada korang yang bercuti pada hari nie.....Hari nie kita layan gambar nie plak ehh.Mungkin cara seperti kat gambar nie cara yang paling selamat rasanya untuk mengelakkan berlakunya kecurian kat tisu tandas....huhuhu


Saturday, June 23, 2012

Selebriti dan Pulau yang dimiliki ( 12 Gambar )

Mesti syokk kan kalau ada pulau sendiri? Satu impian yang cukup diimpi kan oleh setiap orang, tambah-tambah lagi orang kaya.Memiliki pulau melambangkan status seseorang di dalam masyarakat.Jom kita tengok selebriti mana yang mempunyai pulau sendiri.

Keindahan Tapak Sulaiman ( 20 Gambar )

Tapak sulaiman merupakan haiwan yang sinonim dengan laut dan cukup terkenal dengan ciri-ciri pertumbuhan semula dan memberi makan kepada kupang.Kebanyakan tapak sulaiman mempunyai 5 lengan tetapi terdapat gak yang mempunyai lebih daripada tue yang boleh mencapai 50 lengan. Beberapa spesis tapak sulaiman mempunyai keupayaan untuk tumbuh semula lengan yang hilang dan pertumbuhan lengan diorang nie boleh membesar melebihi lengan-lengan yang lain.Tapak sulaiman gak mempunya pelbagai warna yang menarik.Jom kita tengok bagaimana menariknya haiwan laut nie.

Gambar Hari Sabtu 2#

Salam semua....
Gambar ari nie pelik skit....cuba korang tengok gambar kat bawah nie.Korang rasa apa laaa yang budak nie tengah pikir tu.....huhuhu.


Kucing Berkaca Mata ( 23 Gambar )

Korang penah tengok tak kucing berkaca mata?Kucing korang pnah tak berkaca mata?Jom kita tengok sejauh mana comelnya bila kucing berkaca mata.

Friday, June 22, 2012

Tutorial Menukar Warna Pada Gambar

Tutorial kali nie kita cuba tukar warna asal pada gambar kita kepada warna lain yang kita suka dalam adobe photoshop.Tak  kisah laa adobe photoshop apa yang korang ada, caranya tetap sama jer. Ada 2 cara yang selalu aku guna untuk menukar warna.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Jom kita tengok kedua-dua cara nie.

Seni Jalanan Dari Filthy Lurker ( 17 Gambar )

Cukup mengagumkan bila ternampak sesungut raksasa keluar dari bangunan di tengah-tengah kota tapi siapa sangka ia merupakan hasil seni yang dilakukan oleh seorang artis bernama Filthy Lurker.Ia memberi sentuhan seni yang berlainan dari seni-seni yang ada.Menarik kan?

Keindahan dari kapal terbang ( 20 Gambar )

Korang percaya tak yang sebuah kapal terbang boleh menghasilkan sesuatu yang mempesonakan di udara?Kalau korang tak caya korang tengok gambar-gambar kat bawah nie.....cantik tak?

Gambar Hari Jumaat 1#

Salam...
Hari nie jom kita layan gambar yang seolah olah kita berada di alam fantasi nie?Korang rasa tempat dalam gambar nie betul-betul wujud tak? Atau pun gambar nie dicipta untuk game peperangan jer? Sebenarnya tempat nie betul-betul wujud.......tempat nie merupakan perkampungan olok-olok yang dibina oleh tentera Israel untuk menjalankan latihan peperangan bandar.Ia terletak di Pengkalan Tzeelim di selatan Israel.


Thursday, June 21, 2012

Keadaan Perniagaan di Kenya ( 33 Gambar )

Korang dapat tak bayangkan macam mana ler keadaan perniagaan di negara miskin seperti di Kenya?Jom kita tengok macam mana keadaan dan persekitaran perniagaan di Nairobi, Kenya.Aagak-agak korang boleh tak hidup dengan keadaan macam nie?Boleh tak tido di hotel diorang?

Senjata Melayu vs Senjata Luar ( 32 Gambar )

Kita selalu tengok senjata-senjata luar diagungkan seperti pedang samurai yang dikenali di seluruh dunia tapi senjata seperti keris dikenali tak diseluruh dunia? Keris jer ker senjata orang melayu?kat sini aku kumpul kan senjata dari luar dan senjata dari negara kita untuk korang bandingkan.Mana yang terbaik bagi korang?

Gambar Hari Khamis 1#

Salam semua.
Selalunya kita akan tengok lelaki akan tengok sampai tak terkelip mata kalau perempuan cantik lalu di depan mata tapi kali nie kita tengok plak yang sebaliknya....huhuhuhu
Macam mana pendapat korang? sama tak antara lelaki dan perempuan?


Wednesday, June 20, 2012

Kelakuan binatang duduk seperti manusia ( 24 Gambar )

orang pernah tengok binatang tiru tingkah laku manusia tak...Jom kali nie kita tengok macam mana binatang-binatang comel nie tiru cara duduk manusia....Lucu pun da gak...

Tutorial Menggunakan Layer dalam Photoshop

Salam..
Entri kali nie nak kongsi skit dengan korang yang masih baru berjinak-jinak nak blaja adobe photoshop. Dulu waktu mula blaja photoshop pun member aku ajar yang nie dulu sebab benda nie paling basic dalam photoshop.Layer cukup penting dalam photoshop tau....Jom kita mulakan.

Kesan Khas Dalam Filem yang Kita Tak Tahu

Kita semua tahu kan terdapatnya kesan khas untuk menarikkan lagi sesuatu filem tu tapi kita tak tahu bagaimana diorang lakukan.Kali nie jom kita tengok apa yang ada disebalik kesan khas yang diorang lakukan.

Gambar Hari Rabu 1#

Salam Hari Rabu untuk korang.....

Ari nie kita layan gambar yang selalu kita letak kat desktop..Gambar apa erk korang letak kat desktop korang? Agak-agak gambar yang macam kat bawah nie sesuai tak untuk korang?huhuhuhuhu......


Fotografi Perang Indochina ( 17 Gambar )

 Satu masa dulu filem-filem dari Amerika selalu jer tayangkan kisah-kisah diorang dapat menawan Vietnam tapi hakikatnya diorang kalah di Vietnam. Usaha untuk menutup malu selalu dilakukan melalui media tapi dunia tetap tahu sapa kalah dan sapa menang.

Perang Indochina atau konflik Vietnam nie merupakan salah satu daripada beberapa konflik semasa perang dingin diantara Amerika syarikat dan sekutunya menentang Kesatuan Soviet dan sekutunya. Perang seperti nie disebut sebagai perang proksi kerana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet tak pernah bersemuka secara terang terangan di medan peperangan kerana kuatir meletus peperangan nuklear yang membinasakan.

Jom kita tengok gambar-gamgar ketika perang nie berlaku.

Tuesday, June 19, 2012

Tutorial Memberi Kesan Khas Kepada Tulisan

Entri kali nie lain skit tau...... sebab kali nie nak wat tutorial untuk korang yang berminat untuk blajar macam mana nak cantikkan tulisan korang.Sebenarnya aku nie kurang pandai skit nak mengajar tapi aku cuba yang terbaik laa yer....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...