Sunday, May 20, 2012

Seni Inai ( 17 Gambar )

Seni inai memang tak asing lagi bagi penduduk di India dan juga di Malaysia terutama bila berlangsungnya majlis perkahwinan.Cantikkan seni inai nie?Tapi tau tak apa hukum pakai inai nie?Mungkin ada daripada korang dah tahu kot pada 2 Okt 2009 persoalan tentang pemakaian inai telah diperbincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.Kat sini aku senaraikan yer apa keputusan perbincangan tu:
  • Memakai inai bercorak pada kedua belah tangan dan kaki bagi wanita yang dah berkahwin atau tidak selagi tak menimbulkan fitnah adalah HARUS.
  • Hanya boleh dipakai pada tangan dan kaki, tidak boleh melebihi pergelangan tangan dan buku lali kaki.
  • Inai yang digunakan tak boleh bersifat kekal.Hanya sementara jer.
  • Tak boleh melukis makluk atau berhala pada menggunakan inai,hanya boleh lukis tumbuhan,bunga dan awan sahaja.
  • Pemakaian inai untuk kedua belah tangan dan kaki lelaki adalah tidak diharuskan namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan atau tujuan perubatan.
Walaupun seni inai nie cantik tapi jangan lupa tau agama...betui tak?Jom kita tengok hasil seni melukis menggunakan inai...


0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...