Thursday, May 31, 2012

Yang mana yang terbaik yer?

Korang rasa ok tak header aku kat atas tue?Macam nak tukar laaaa.....korang leh nilai tak yang mana patut aku pilih untuk digantikan dengan header lama tu?Harap korang boleh jugak komen apa yang kurang pada header yang ada nie yer...biasa laa budak baru blaja kna laa tunjuk ajar.betul tak?hehehehe.....

No. Satu
No. Dua
No. Tiga
No. Empat
No. Lima
No. Enam
No. Tujuh
No. Lapan

Lapan nie jer la yang mampu aku design semalam.Xder idea sama...huhuhu.Korang plak tak mau ke tukar header korang?Meh sini aku nak tolong design kan.....

Keputusan Undian

Assalamualaikum........
Trima kasih kepada pelawat blog nie jer.....dan kepada yang mungkin tersesat ke blog nie...
Nie hanyalah blog biasa yang baru nak berkembang,saya berharap sangat sokongan korang dalam memajukan blog nie....

Lagi 2 hari akan genaplah 3bulan blog nie beroperasi .....dengan artikel pertama dulu bertajuk Timeline Facebook yang da BOOM.Mulanya memang tak banyak sangat sambutan tapi sekarang mungkin dah ramai kot..hehehehe.
Bermula awak bulan Mei nie aku dah meletakkan undian untuk menilai blog nie.......nak tau gak kan kot-kot ada yang xsuka ke kat blog nie...sapa tau kan...huhuhuhu.Dan undian berakhir pada hari nie dan keputusannya amat lah aku suka...Sebab apa?Tengok kat bawah nie keputusan undian tu.
Cantik tak rajah niee..hehehehe

Aku suka bukan jer sebab korang nilai blog nie menarik tau.....aku suka gak korang komen negatif, sebabnyer boleh aku perbaiki blog nie untuk jadi lagi bagus lagi..Aku berharap sangat nak tahu apa laa yang kurangnya pada blog nie.Tolong yer bagitau.....

Selama 3 bulan blog nie beroperasi dengan purata entri setiap hari adalah 3 entri dan jumlah Pageview sehingga sekarang dah mencapai 67,000 dengan 310 entri yang dikeluarkan.Ok tak bagi korang?Mungkin blog lain ada yang lagi bagus kan?

Aku bercadang nak tukar header kat atas tu la....Ok tak header tu? Entri lepas nie harap korang nilai erkk header mana yang patut aku pilih...
Oklaa..takat nie jer kot aku merepek......Terima kasih kerana sudi membaca....






Cara kreatif untuk mengejutkan rakan anda

Kat sini aku nak tunjukkan cara nak mengejutkan rakan korang......untuk sambut hari apa-apa ler.Sambut kejayaan dia ker,ari jadi dia ker n apa-apa ler.Jom tengok.

Gelagat Lucu kanak-kanak ( 22 Gambar )

Korang suka tak layan budak-budak?Ada sesetengah orang tension bila menjaga kanak-kanak.....biasa laa dah budak-budak mesti la nakal dan mesti susah nak jaga tapi bagi sesetengah orang plak bleh menghilangkan tension bila layan kanak-kanak nie.Sebabnyer? Korang tengok laa gelagat kanak-kanak kat bawah nie....

Ilustrasi Menarik Tentang Superhero Kanak-Kanak

Bila tengok ilustrasi nie ingat time kecik-kecik dulu,bukan jer minat tapi siap tiru gaya lagi....hehehehe.Korang pun sama kan?Ilustrasi nie pun adalah hasil pemikiran macam tue ler....dihasilkan oleh Andy Fairhurst.Jom layan gambar-gambar yang cukup menarik nie.

Wednesday, May 30, 2012

Pengurusan di rumah : Lelaki vs Perempuan

Kalau sebut jer pengurusan rumah mesti korang dah tahu kan sapa yang menang?Mesti laa pompuan kan....tapi lelaki pun ada yang pengemas gak tau.Setiap apa yang dilakukan lelaki mesti ada sebabnya kan?Cuba korang yang pompuan nie tanya bf atau suami korang kenapa tak kemas katil,kenapa tak susun stokin elok2.....huhuhu.Kalau aku laaa......aku akan jawab kalau kemas elok2 nanti jin dari atas bumbung masuk tido,kalau tak kemas dia pun malas nak masuk...hahahahaha.Eh........ korang tau kan pasal jin yang ada kat atas bumbung n akan turun masuk umah bila orang dah xder tu.(sebab tu laa umah yang lama ditinggalkan akan jadi tempat jin ).Soalan kedua plak nak jawab apa erkk?Lain ali aku jawab ehh...huhuhuhu.Kita layan gambar-gambar beza laki n pompuan dalam pengurusan umah.

Adakah anda salah seorang yang search "Asian"

Korang salah seorang yang search perkataan 'Asian' dalam google tak?Apa yang korang nampak yer?Bila dibandingkan bila search European, American, African dan Asian kat google nie laa keputusannya....



Watak Perempuan Disney dalam kehidupan sebenar

Selalu tengok watak-watak kartun yang comel tu jer kan...kali nie kita tengok plak watak-watak kartun disney nie dalam rupa kehidupan sebenar.Harap layan ehh.

Rupa Bayi Dalam kandungan yang Pelik

Kita selalu impikan rupa bayi yang comel kan,tapi bila ia masih didalam kandungan kita hanya dapat melihatnya hanya melalui scan di klinik-klinik.Apa perasaan korang kalau melihat rupa-rupa pelik pada bayi korang.Mintak simpang laa kan..huhuhu,Jom kita tengok rupa yang pelik pada bayi di dalam kandungan.

Koleksi wallpaper MACROSS (18 Gambar)

Apa tu MACROSS erkk? Sebenarnya aku pun tak tahu sangat pasal MACROSS nie sebab aku lagi minat GUNDAM...hehehehe.Tapi aku cuba terangkan la yer.Macross adalah satu siri yang panjang bertemakan sains fiksyen yang direka oleh Shoji Kawamori Studio NUE pada tahun 1982.Ia mengisahkan tentang sejarah bumi fiksyen bermula pada tahun 1999.Semua judul-judul Macross nie mengisahkan tentang kemajuan saintifik yang ditemui di kapal angkasa milik makluk asing yang terhempas di Selatan AtariaSpace Fold. Dengan teknologi nie bumi dibangunkan dengan pelbagai teknologi.Kat bawah nie terdapat gambaran tentang teknologi Macross.Harap layan erkk.Terima kasih kepada Izni kerana menegur.

Tuesday, May 29, 2012

Lukisan Jalanan Menarik dari C215 ( 22 Gambar )

Lukisan yang amat menarik nie adalah hasil seni dari Kristian Guemy atau terkenal dengan gelaran C215.Jaya lukisan stencil yang unik nie membuatkan beliau terkenal di Perancis.Jom tengok hasil seni C215 nie.

Gambaran Kemusnahan Bumi ( 35 Gambar )

Pernah terpikir tak bila agaknya akan berlaku kemusnahan pada bumi?Macam-macam teori kan dah kita dengar pasal kiamat tapi nak tunggu jer ke kiamat datang tanpa persediaan?Bukan bersedia tempat untuk selamatkan diri laa tapi bersedia dengan iman dan amal.Betul tak?Ok....kali nie kita tengok plak lukisan yang begitu teperinci selepas berlakunya kemusnahan pada bumi.Nie adalah hasil karya Jonas De Ro yang berasal dari Belgium.Jom layan.

Monday, May 28, 2012

Gabungan Poster Filem yang Gempak ( 43 Gambar )

Apa yang akan jadi erk bila dua atau lebih filem popular bergabung menjadi satu?Mesti Lucu jer kan....Jom kita tengok 43 poster yang telah di gabungkan dengan pelbagai filem popular.

Sunday, May 27, 2012

Penuhi Buku dengan Lukisan Menarik

Bila tengok karya-karya nie tringat plak zaman sekolah dulu,buku sekolah mana pun mesti ada lukisan punya  sampaikan kertas peksa pun aku conteng gak...hehehe.Nak wat macam mana bila dah tak dapat jawab soalan,banyak sangat masa dalam exam tu.....so nak wat apa lagi,lukis-lukis laa..heheheTapi kan,aku kagum la dengan lukisan=lkisan hasil dari Irina Vinnik yang berasal dari Rusia.Memang cantik kan?

Berkarya Berasaskan Api ( 20 Gambar )

Berkarya berasaskan api bukan mudah kan.....untuk edit gambar menjadikanya berapi memang perlukan kemahiran,kalau tak gerenti gagal.Jom tengok hasil-hasil karya berasaskan api.

Tempat Pelik Untuk Burung Bertelur

 Biasanya tempat yang menjadi tumpuan untuk ibu burung bertelur adalah tempat yang jauh daripada ancaman kan? Tapi tak mustahil jugak kalau kita nampak sarang burung ditempat yang kita tak jangka.Contoh yang boleh korang tengok kat gambar-gambar kat bawah nie.

Pulau Terapung di Tasik Titicaca

Tasik Titicaca adalah sebuat tasik yang terletak di sempadan Peru dan Bolivia.Ia terletak pada ketinggian 3,811 meter ( 12,500 kaki ) dari paras laut dan menjadikannya tasik yang mempunyai ketinggian tertinggi didunia.Tasik ini juagk merupakan tasik yang terbesar di Amerika Selatan.Yang menjadikan uniknya tasik nie bukan saja pada ketinggian jer tau tapi pada Pulau terapung yang terdapat kat tasik nie.Pulau nie dihuni oleh masyarakat Uros yang berasal dari Peru.Jom layan gambar-gambar keunikan diorang nie.

Saturday, May 26, 2012

Binaan Rumah Dalam Filem "The Hobbit"

Penah dengar tak citer The Hobbit bakal ditayangkan tak lama lagi?The Hobbit adalah filem epik fantasi yang diarah oleh Peter Jackson yang merupakan pengarah yang sama untuk filem Lord of The Rings. Jom kita tengok pandangan tapak lokasi pembikinan filem terbaru nie.

Rahsia Kecantikan Artis Hollywood ( 29 Gambar )

Banyakkan artis-artis hollywood yang cantik-cantik belaka tapi korang tau tak apa rahsia kecantikan diorang?Nak tau tak Cream apa yang diorang pakai?Jom kita tengok gambar-gambar kat bawah nie.

Pembuatan Kek Yang Sempurna ( 39 Gambar )

Susah kan nak jumpa kek macam nie kat Malaysia?Tapi rasa-rasa korang orang kita bleh tak hasilkan kek macam nie?Mungkin nie contoh untuk inspirasi korang yang minat sangat kat kek.Yang mana korang suka?

Gelagat Burung yang Mencuit Hati

Siapa sangka binatang boleh melakukan aksi-aksi yang kita tak sangka kan.....kekadang bila tengok gambar binatang buat aku hepi jer....sebab tue laa kalau korang perasan blog nie byk entri yang bergambar binatang.  Korang plak suka tak?Kalau tak suka bagitau tau.....Entri kat blog nie bukan untuk aku jer....nie semua untuk korang gak.So harap layan erkk..Jom kita tengok aksi burung,itik dan sekor anak ayam..huhuhu.

iMove kereta ciptaan Apple

Tak siapa menjangkakan sebuah syarikat yang cukup popular dengan elektronik akan mencipta sebuah kereta tapi hakikatnya tue laa impian bekas ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Steve Jobs sebelum kematiannya.Beliau mengimpikan untuk membangunkan kereta yang dinamakan iCar yang berlambangkan Apple.Tapi impian tue hanya lah impian,tiada siapa tahu bagaimana rupabentuk yang diimpikan oleh beliau.Salah seorang lembaga pengarah Apple meneruskan impian untuk menggegarkan dunia dengan ciptaan kereta yang dipanggil iMove.Tapi nie cuma kereta konsep jer....diorang jangkakan akan digunakan pada tahun 2020.Jom tengok macam mana ler rupa rekabentuk diorang.

Friday, May 25, 2012

GPS Pertama Pada 1930

Sekarang rata-rata dari kita mungkin dah ada GPS(Global Positioning System) kan?Xde lagi?Alaaa kat henset zaman sekarang kan dah banyak dah yang ada GPS.Penah tak bayangkan macam mana laa GPS zaman dahulu?Zaman dulu pun ada GPS kee?.........GPS dah wujud pada 1930,ia direka oleh Iter Avto untuk  menjadi panduan hala tuju pertama diatas kapal yang dibuat didalam peranti dengan satu set peta kertas.Bila satu kertas peta tue habis ia boleh diganti dengan kertas peta lain untuk teruskan perjalanan.Kabel disambungkan ke meter kelajuan bagi mengawal kelajuan pusingan rol peta.Menarikkan GPS zaman dulu.

Mengubahsuai Pondok Comel

Bila tengok jer pondok nie tringat umah kat kampung.Dulu umah aku kat kampung bermula dari pondok kecik kat dusun,sikit-sikit ayah aku tambah.....lama-lama dah jadi umah dah.Ayah cakap time nak buat pondok dulu macam-macam suara aneh bunyi.....biasa laa tempat dikelilingi hutan.Tapi best tau.....Air longkang bersih sangat,air datang dari bukit...Eh berbalik kepada pondok kat atas nie.....Dengan bermodalkan 3000 dolar, Sandra Foster telah mengubahsuai pondok buruk nie menjadi kediaman yang comel sangat.Segala kerja pertukangan dilakukan oleh dia sendiri.Hasil yang terbaik kan?

Thursday, May 24, 2012

Fotografi Perkahwinan yang Kreatif

Korang idamkan tak untuk merakamkan gambar-gambar terbaik anda dihari bersejarah korang?Tak pun korang dah kahwen?Kepada yang masih belum berkahwen mungkin nie gambar untuk inspirasi korang.Nanti dah pilih jurugambar untuk perkahwinan korang,korang tanya dulu bleh tak wat macam kat bawah nie...hahahahaaha.tapi jangan laa pakai baju macam tu plak...Eh lupa nak bagitau,Hasil fotografi nie adalah hasil kreativiti dari Sergey Ivanov yang berasal dari Rusia.Terbaek kan?

Fotografi Humor Makanan (24 Gambar)

Sesiapa saja bleh jadi seorang jurugambar tapi tak mudah untuk menjadikan fotografi korang menarik dan kreatif.Kali nie kita tengok plak gambar-gambar humor daripada makanan terutamanya telur.Jom tengok...

Ini Lukisan Atau Gambar?

Korang rasa nie lukisan atau gambar?Nak cakap lukisan sebijik macam gambar sebenar kan?Sebenarnya nie lukisan laa.....lukisan yang amat menakjubkan.Kat sini aku kumpulkan koleksi lukisan-lukisan yang serupa seperti sebenar yang mungkin setengah daripadanya  tak mungkin untuk kita dapat hasilkannya....Tapi macam mana diorang hasilkan erkk?hihihihi.......Apa pun jom kita tengok 58 koleksi lukisan yang menakjubkan nie.

Manipulasi Gambar yang Melucukan

 Adehhh...binatang sapa laa nie yang jadi mangsa make-up..hahahaha.Terbaek kan?Jom kita tengok manipulasi gambar binatang dengan gaya yang melucukan.

26 Fotografi Menarik Keganasan Alam

Bencana alam sesuatu peristiwa yang mungkin membuatkan kita hilang segala-galanya sekelip mata jer tapi bagi penggemar terhadap fotografi bencana alam adalah sesuatu yang ditunggu untuk merakamkan sesuatu yang jarang terjadi.Cukup merbahaya kan?JOm kita tengok hasil-hasil fotografi alam yang mengganas nie.

25 rekaan bantal yang luar biasa dan kreatif

 Setiap dari kita mesti menggunakan bantal setiap hari tapi puas ati tak dengan bantal korang?nyenyak tak tido setiap malam?Bantal yang selesa memainkan peranan penting untuk kita tidur dengan nyenyak dan dalam masa yang sama mengelakkan sakit leher.Kat bawah nie ada pelbagai rekaan kreatif bantal...rasa-rasa korang suka yang mana?

Wednesday, May 23, 2012

24 Gelagat Anjing Comel

Pertama sekali aku nak mintak maaf kepada penggemar atau peminat atau suka-suka nak tengok blog nie sebab dalam dua hari lepas tak dapat nak update blog nie sebab terdapat masalah internet...Serabut gak laaa pikir macam mana ler nak update nie.Last sekali ari nie dapat gak update blog n santai2 layan web lain...

Ok...kita berbalik kepada tajuk kita kat atas tue.Nie kali ke-3 entri aku mengenai anjing,yang pertama 10 Gambar kegagalan anjing terbaik dan yang kedua plak Anjing vs Sprinklers dan yang ke tiga entri yang nie laa....Ada tak yang sensitif dengan anjing?Kalau ada yang trasa knapa laa blog nie banyak sangat gambar anjing....aku mintak maaf awal2 yer.Disini aku just nak pembaca blog nie terhibur jer.Bukan Anjing jer,semua binatang ada dalam blog nie.Tak caya?Terokalah blog nie yer......

Monday, May 21, 2012

Hiasan Makanan Di Jepun

Makanan yang berasal dari Jepun memang tak asing bagi kita kan terutamanya shushi.Tapi selain shushi di Jepun menghias makanan didalam bekas makanan jugak menjadi kegemaran diorang terutama untuk dijadikan bekal.Jom kita tengok bagaimana diorang nie menghias.

Sunday, May 20, 2012

Seni pada Peta

Gambar-gambar nie nampak macam hasil seni abstrak yang berwarna warni kan?Sebenarnya gambar-gambar nie adalah peta planet,bulan dan asteroid didalam sistem suria kita yang telah dihasilkan daripada maklumat yang dikumpulkan oleh kapal angkasa dan teleskop.Warna-warna yang berbeza tu melambangkan struktur dan ciri-ciri muka bumi yang berbeza.

Seni Inai ( 17 Gambar )

Seni inai memang tak asing lagi bagi penduduk di India dan juga di Malaysia terutama bila berlangsungnya majlis perkahwinan.Cantikkan seni inai nie?Tapi tau tak apa hukum pakai inai nie?Mungkin ada daripada korang dah tahu kot pada 2 Okt 2009 persoalan tentang pemakaian inai telah diperbincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.Kat sini aku senaraikan yer apa keputusan perbincangan tu:
  • Memakai inai bercorak pada kedua belah tangan dan kaki bagi wanita yang dah berkahwin atau tidak selagi tak menimbulkan fitnah adalah HARUS.
  • Hanya boleh dipakai pada tangan dan kaki, tidak boleh melebihi pergelangan tangan dan buku lali kaki.
  • Inai yang digunakan tak boleh bersifat kekal.Hanya sementara jer.
  • Tak boleh melukis makluk atau berhala pada menggunakan inai,hanya boleh lukis tumbuhan,bunga dan awan sahaja.
  • Pemakaian inai untuk kedua belah tangan dan kaki lelaki adalah tidak diharuskan namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan atau tujuan perubatan.
Walaupun seni inai nie cantik tapi jangan lupa tau agama...betui tak?Jom kita tengok hasil seni melukis menggunakan inai...

Saturday, May 19, 2012

'Terbaik' hanya di Rusia

Dah tengok tak artikel sebelum nie, 'Terbaik' hanya di India ? Hari nie kita tengok plak gambar-gambar terbaik hanya di Rusia.Jom layan....

Perbezaan Wajah Pelakon dan Pelagak Ngeri

Menjayakan sesuatu filem aksi tanpa pelagak ngeri memang agak mustahil tapi untuk mencari seorang pelagak ngeri yang mempunyai rupa dan bentuk badan yang seiras dengan pelakon utama memang menyukarkan.Dah laa nak rupa dan bentuk badan hampir sama kna plak melakonkan lagak ngeri.....memang susah nak cari tu.Oklaa....kat bawah nie aku sajikan gambar pelakon dan pelagak ngeri.Korang nilai yer hampir sama ke tak.

Friday, May 18, 2012

Perbezaan Dubai Dahulu Dan Sekarang

Kalau sebut jer negara Dubai mesti dalam otak dah terbayang hotel yang begitu gah di seluruh dunia iaitu Burj Al-Arab dan bangunan yang tertinggi didunia iaitu Burj Khalifa.Tapi korang penah tak bayangkan macam mana ler rupa Dubai pada zaman dahulu?Jom kita tengok gambar-gamgar kota perlancongan moden nie....

Kucing bijak

Kan best kalau ada kucing macam nie....huhuhu.Dah laa gebu tapi bijak gak..

Thursday, May 17, 2012

Gambar Bayi Comel Yang Popular di Internet

Comeynyer......macam nak cubit-cubit jer kan..hehehehe.Seorang ibu atau bapa mesti impikan untuk memiliki bayi yang comel kan pastu ambik gambar dan tunjukkan kat facebook. Untuk mengambil gambar bayi anda memang mudah tapi untuk mengambil diwaktu yang sesuai dan gaya yang menarik bukannya mudah.Kat sini mungkin terdapat gambar yang mungkin korang pernah tengok sebab nie lah gambar yang popular di internet sekarang.

Bagaimana memasukkan buah ke dalam botol?

 Sekali tengok memang pelik kan macam mana ler sibiji buah yang besar dari muncung botol boleh masuk kedalam botol.Jom kita tengok macam mana diorang masukkan.

Gambar Kemalangan Klasik ( 31 Gambar )

Dulu manusia tak mempunyai keperluan yang canggih seperti sekarang,diorang takde camera yang canggih, diorang takder kenderaan yang laju untuk tiba ke sesuatu tempat dengan cepat tapi peliknya diorang berjaya rakam gambar yang mungkin kita xjangka ia pernah terjadi satu masa dulu...

Wednesday, May 16, 2012

Koleksi Ilustrasi 3D Jalanan yang Terbaik ( 26 Gambar )

Lukisan 3D bukan mudah nak dihasilkan......nak tau kenapa?Sebab ia perlu hanya boleh dilihat pada satu sudut bagi menggambarkan lukisan tue hidup.Kalau korang tengok dari sudut lain so xnak laa 3D tu.Hurmm....Kat Malaysia xder lagi kan lukisan-lukisan macam nie?Atau dah ada....Cuma aku jer xtau lagi..hehehe.Kalau ada kongsi-kongsi la maklumat yer...Jom layan gambar-gambar lukisan 3D nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...